Search This Blog

Tuesday 27 December 2011

NORA ELENA..

Assalammualaikum..

Huhuhuuu..Dah lama giler kot aku tak menulis..Anyone miss me?(*perasan kot..*)Ok,banyak aku nak cerita dan banyak berlaku dalam hidup aku sekarang ni.Owh ya,adik aku yang duaorang tu.Si abang dan adik panda aku tu sekarang dalam proses untuk sembuh..Hehehehe.yeah dah besar kenalah BERSUNAT..hahahaha.ea,dah simpang jauh ni dari tajuk.ok,sori.Ok,lately ni aku jadi peminat novel melayu koott..dulu aku bukan main kutok novel melayu sebab cerita benda yang sama dan important things is it's all about harta.but,but,but..jangan pandang rendah ok.cerita Nora Elena sedikit sebanyak menggubah persepsi aku.Sangkaan aku meleset kot.Owh,sumua orang pasti akan suka dengan attitude seth tan yang begitu romantik!hohohohoho.aku jugak! hehehe..Seth Tan!huhu.Penyabar,sayang kat nora even nora tak sayang kat dia.

.Aku tgk nora elena kat youtube.ambik masa 2 hari nak abis.Firstday,tgk sampai tak tido satu hari suntuk..hihi.Percayalah aku tak tido.Sebab cerita dia best sangat.So,the conclusion is,two thumbs up to the actor,actress,director,ya not forget the novelist.you all have done a good job!tahniah..hehehehe.cerita ni dah lama kot.aku je yang baru sekarang nak tgk!(nampak tak?aku ni mmg lampi sikit)ok,aku minat bace novel sebab tgk cerita ombak rindu dengan my bestfriend,fieya!thanks babe.meleleh kot.nasib tak banjir wayang tu.huhuh..apa-apa pon tahniah kepada semua novelist.you all mmg pandai.huhuhh.hidup aku happy baca novel!.oklah.malas nak cerita panjang lebar.bye2.hehehehehe..

Thursday 1 December 2011

SIAPA JEJARISERAI?!

Assalammualaikum..

Tehehehe..siapa jejariserai?!adoh ni nak citew sikit.Lepas ni bukan blogni bukan lagi simplepurpleheart.blogspot.com lagi.Dah tukar kepada jejariserai..Helo!ni aku bukan meniru elia a.k.a jejariruncing ok.mana dapat idea ni?hurm..kalo tak silap hari rabu hari tuh.Aku pergi warung mak cik aku then ada sorang pekerja mak cik aku terus pegang tangan aku.aku mule2 macam ea?apa ni?Aku pon tanyalah.

Aku: ea,kak yah napa ni?
kak yah: serai.(sambil pegang jari aku)
then,i was like "WHAT?serai?"aku cakap dalam hatilah.dia pegang tangan aku tetibe cakap serai.aku tak puas hati aku tanya lagi.
Aku:apa yang serainya kak yah?(muke tongek tak paham)
kak yah:tak de pape.(muke tak besalah)
Aku macam" apa ni?dah pegang tangan aku then cakap serai lak tu.Kang ada jugak yang kene hempuk ni"monolog dalam hati..sempat lagi aku ni..
Aku:kak yah ni dah cakap then tak nak bitau pulak.hurm..cepatlah bitau.apa yang serainye?
kak yah:tadi aku pegang apa?
Aku:jari..(muke blur)
kak yah;hah!jari ko lah macam serai panjangnya..
Aku:owh!!(sambil tengok tangan ni)

Actually,jari aku memang panjang.aku iku jari arwah abah aku..hehehe..nak tengok?nak tengok?nantilah..aku tunjuk ok.Tulah tercetus idea nak buat JERJARISERAIKU.BLOGSPOT.COM.So,bile2 aku akan tukar ingat tau bukan simplepurpleheart lagi tapi jejariserai..
Ea,dah lama gaban tak bukak blog ni..hehehe.Sekarang aku keje kat kedai mak aku kat pasar boronglah.nak jumpa aku?pilah sane mesti adenye..hehehhehe

Monday 7 November 2011

NAK TENGOK BOLA!

Assalammualaikum..
Nak tau tak hari ni ada bola sepak!MALAYSIA VS SINGAPORE...Nak tengok...hwwwaaaaa.a..aa.a.aa.aa(menangis sampai tersedu-sedan).Hari ni aku kene tolong mak aku kat kedai sebab sorang pekerja aku cuti yelah sempena raya haji ni..oh ya,kepada sesiapa yang sudi baca blog picisan macam aku ni Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat sumue...heheh..Ok,sambung balik nangis..hwwwaaaa..a.aa.aa..a.a.a.a.(lagi kuat).Nak tengok!Nak tengok!Tapi tak pe adik aku yang si ayap a.k.a abang panda dan adik aku yang last a.k.a si adik panda ada tolong tgkkan (nak tau sebab apa aku panggil diorang ni panda?!sebab dorang ni tomeyy dan gemok mcm panda!).Ada lagi satu berita gembira orang yang aku minat main tau..Hahaha..(hasil informasi dari dua beruang panda).Bukan main excited dorang nampak orang yang aku minat tuh..Family aku sumue tahu yang aku minat dia ni..Nak tau?!eh,tak yahlah malu nak citew.Nantilah aku buat pendedahan secara esklusif di sini..Nantikan..hehe.oklah,bai nak keje ni..Bai!

Tuesday 1 November 2011

Party Time!Party..

Assalammualaikum..

Hahahahahah....(Gelak jahat!)Tau tak Ahad lepas aku berparty-party sakan di dewan sekolah?!(Dewan sekolah?!seriously?)Hurm..Betol percayalah(sambil menyanyi lagu percayalah-Dato' Siti)Ok,dah cukup pokus!Tema party tu ialah biru hitam.Bayaran RM 50 setiap sorang.Makanan dia sedap jugaklah.Ada ayam,daging masak black pepper,pasta,mee goreng,dan banyak lagilah.Air dia pulak air oren je..(satu hari menternak lemak di seluruh badan.)Majlis start pukul 10 pg-1 t/hari.Dapat goodies,anugerah(muka blagak),bergambar smpai tak  hengat dunia.Owh ya,camera DITAJA oleh abang akulah.(perlu ke nak besarkan perkataan ditaja tuh?ingat dah bagus nak ada penaja bagai sedarlah wey..)Aku pakai phone XPERIA abang aku.hehehe.Lepas majlis habis ibu ajak aku pergi Cari kasut boot rugby tok abang aku nilah.Sehari suntuk mencari.Dia ni harap je lelaki tapi cerewet macam pompuan kalah mak nokk!Hurm..Tau tak sakit giler pakai high heels.Dahlah tu pusing satu angsana nak cari boot ngan jubah tok awek abang aku niyh.Last2,kasut dapat tapi jubah tu hurm..HARAM..oklah layan jelah gambar.
rakan seperjuangan(meks basyirah dan meks kelly)

raja with me(ya allah,buruknya muka aku!)

nilah dewan budi!Ramai giler tak datang.

acara paling di tunggu-tunggu..(makan!)

nilah yang aku makan(dalam tuh ada daging,ayam dengan mee)

pasta(sedap kott!)iloveit!

tau tak daging ni liat.Lepas tu bagi pakai sudu palsetik(memang asyik patah jelah)pinggan tu sampai bocor kot!

special giler air aku.mintak air limau dengan limau2 sekali dapat.

Nasib aku dah amik dulu kalo tak memang kene beraturlah

bergambar kat red karpet..Glamour rase.

junior!

award yang aku ngan basyirah dapat.adilkan dua tok meks basyirah,dua lagi aku punya.(aku dapat most sporting prefect ngan award bendahari.)

tak boleh blahlah tengok gambar ni.burok kot!huwaaaaaa....*nangis kali ke seratus limopoloh juta(cehceh..macam tajuk lagu je)

meks-meks ku!(basyirah,kelly.raja ngan arifah)

the award goes to me!heheh(parasan)tuh award tok ketua pengawas ok!

(peah(junior),iman(pen ketua pengawas)munirah(head prefect),meks basyirah dan meks kelly)

dalam ramai2 tuh aku paling garang ok!

melayan abang aku pulak!

nilah high heels yang aku pakai.

tau takk!nak sangat jersey malaysia tuh..yang kuning dah ada .nak yang biru tu jugak!ea,aku pon penyokong tegar harimau malaya ok!

tak de keje.time ni abang kat al-ikhsan tuh sumue ingat aku giler.AGAKNYA!

kerusi kat al-ikhsan ni best gler.tgklah ibu aku duduk sampai naik kaki.macam kedai dia je.

kad invitation

nilah yang aku pakai.(baju hitam SDN BHD,seluar legging SDN BHD,tudung,rantai ngan Xperia SUMBANGAN dari sigemok!(thankyou gemok!)so shuwet!!

most sporting prefect.

bendahari jer!kot

hah!ni yang mendatangkan maarah.Asal eja nama aku je mesti salah.susah sangat ke nak eja ?
IBUN NURADLYNA RAHMAH BTE ZAINI.*BUKAN..IBUN NURADLIYNA RAHAMAN BINTI ZAINI(sedih tau.!!!)

Sunday 30 October 2011

RUMAH MASA DEPAN?!

Assalammualaikum...

Actually cite ni dah basi dah lama tau takk!.Hari ni aku curi sikit masa tok menaip.Hari ahad entah bape minggu yang lepas (tak ingatlah tarikh) kakak aku dari KL turun JB sebab diaorang ada hal.Pastu kebetulan enchek atok pown ada jugak.So,memang havoc jugaklah rumah aku time ni.Pastu,ketiga-tiga kakak aku ngan ibu aku pon kuar pi mana entah yang tinggal kat umah pulak Kak Shai(kawan kak long aku),Abang Farhan(abang ipar aku),2 kung fu panda(Alip dan Ayap),me ngan enchek atok.Tengah hari tu ibu masak ikan asam rebus ngan banyak lagilah..(cober line sebenornye lupe..hehe)Lepas kenyang sendawa macam giant.Aku pi melepak ngan enchek atok kat ruang tamu.Dia tengah belajar nak buat pelan.So,aku pun menyibuk.Tanyalah macam-macam.Pastu aku bagi idea suruh buat rumah aku bila dah besar nanti.Dia pun melayan jerr.Jom ikuti perbualan kite orang.

aku:Aman,buatkan rumah kite boleh??(Aman nama dia)
enchek atok;Boleh.Nak buat rumah apa?
aku:Hurm..kita nak rumah ala-ala villa.Ada swimming pool,tiang seri besar-besar,ada balkoni yang ada rumput palsu.pastu ada water fountain,ada tempat rehat,dan yang paling penting gelanggang futsal.Boleh?
enchek atok;Boleh.sekejap.

Dia pon start buat pelan dalam komputer.Aku saje je nak test kemahiran di buat rumah.Dia study architecture so, aku ni sibuk nak buat rumah bila dah besar nanti.(besar nanti?!bukan kau memang dah besar?hehe.diam sudah!)Sambil dia buat tuh aku tengoklah.Aku demand banyak sikit.Kesian dia melayan kerenah aku yang banyak cekadak niy.hehehe(nak jadi abang iparkan?kenalah baik dengan bakal adik ipar dulu.kakhkaha.)Bila dah siap.Dia panggil aku.Aku pun tengok MAKKK OIII!Cantek kot..menepati cita rasa aku.Walaupun dia tak mahir lagi tapi as a beginer aku rasa oklah.Dia perlu banyak belajar tok mantapkan lagi.Ok jm layan gambar jelah..Nak taip dah penat!Sekeping gambar boleh menafsirkan apa yang  ingin disampaikan.(ayat bukan main.kelaassss ko jah)
ni baru permulaan.Idea masih samar-samar lagi.

Nampak tak tiang seri tuh..Setiap tiang seri mewakili kami adik-beradik.ok!

yang ni tingkat atas

Tension!melayan aku yang cerewet ni.

Belum siap tapi dah berangan nak letak gambar.

hah tulah!gelanggang futsal.oklahtuh!

penat kowt buat benda alah ni

dah!tapi belum semua.Dia nak rehat kejap main game.Dia kate nanti dia sambung lagi ok.
Tamatlah kisah rumah masedepan yang belum tentu ada.hahahahaa..

Sunday 23 October 2011

AKU KONVO??!!

Assalammualaikum..

22/10/11..Aku konvo semalam..Majlis dia boleh tahanlah buat kat hotel new york..Tingkat 25.Majlis start pukul 1.45t/hari-6.00ptg.Aku kena bayar lebih kurang RM120 untuk tempat duduk.Graduan harga RM50.Ibubapa pulak RM 30(SEPASANG).Orang luar pulak RM20.Oklah.Dorang buat macam majlis hi-tea je.Makan mee hoon goreng ngan karipap then air pulak kopi ngan tea..Boleh tahan jugaklah.Time ni aku just pakai jubah Abaya hitam ngan tudung sarung biase jeww..Kawan-kawan aku sumue pakai baju bukan main devas sangatt!hukhuk..Tudung belit-belit..Style peliks-pelikslah..Hurm..Jubah aku tuh biase jerww(bape kali entah nak cakap).Nanti aku upload baju aku pakai masa konvo tu tau..Hurm..Act,aku tak tau nak pakai baju apa then aku terbaca satu entry pasa Abaya kat blog kak FATIN LIYANA.So,aku pon tertarik dan ikut fashion tips yang di cadangkan oleh FL.hahah..Kakak aku, enchek atok!(boyfie kakaka aku),ibu tersayang bersama aunty Jah aku ikut sekali pergi konvo tuh.jom  kita layan gambar.

Hah!nilah kakak aku yang mental bersama dengan enchek atok! dia.

Nilah akibat amik phutugrapher yang tak  bertauliah.(burok nya gambar)

SI GEMOK BERSAMA ADIKNYA YANG CHUMIL(boleh muntah hijau..!!)

Bila kami bergabung maka jadilah  (SI PHUTUGEDIXS YANG MELAMPAU)

aku ngan kakak aku ni satu sekolah.time dia dulu tak ada konvo bagai ni.so dia mencapap saja.

 enchek atok! with  me..hahahah

puan nenek dan enchek atok..

me,afyqah,and aina(aina tuh kawan baik aku ..aku panggil dia meks,makchik,aina,amal,sumualah.nak tau tak dia panggil aku apa?Fatin liyanot!(sebab aku minat ngan FL)


ini plak yat dengan fifie(peminat setia amirul hadi zainal)

5SN3 BESTIES FOREVER!


PENGAWAS PALING GLAMOUR..

Ini vicky(dia chantek sgt time ni!)

cikgu chemist paling sabar mengajar anak murid  yang sengal dan lampi macam aku..

Ini nasha(kawan aku paling chantek sekali)

Ini ainul ngan aku.

ni satu hal.Lif die lembab tau tak dahlah ramai orang.tensions!

me pakai jubah konvo ngan sijil!(yeah!)

me!
 Aku dah tamat study.Tapi still kena pergi sekolah isnin ni..FIGHTING FOR SPM!!!!Bai.